Thursday, May 13, 2010
PEMILIHAN KALI PERTAMA PASUKAN BOLASEPAK 2011
Aspek kesefahaman dan keserasian turut
menjadi salah satu ciri pemilihan.
Penekanan juga diberi kepada 3 aspek iaitu (1) hantaran bola yang tepat, (2) pintar mencari ruang (3) buka mulut .
Pemilihan kali pertama ini telah diadakan pada 13 Mei 2010. Hari Khamis. Jam 5.00-6.30 Petang,
Disiplin dan kesungguhan murid-murid juga dijadikan landasan pemilihan bagi pasukan 2011 ni.
Tugas merampas gelaran Johan Kumpulan menjadi sasaran tahun 2011 selepas sekadar menjadi Naib Johan kumpulan tahun 2010.
Pemilihan kali ini dibuat oleh Cikgu Amir dan Cikgu Budi. Daripada 14 orang murid tahun 4 dan 5 yang hadir, seramai 6 orang telah dikenal pasti. Pemilhan kali kedua akan diadakan tidak lama lagi dalam pencarian 18 senarai terakhir untuk mewakili pasukan bolasepak bawah 12 tahun Sekolah Kebangsaan padang Air 2011.
Cikgu Mohd Asri Muda, Cikgu Faizul Abdullah dan Cikgu Rosdi akan turut serta dalam pemilihan kali kedua nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment