MASA : 11.00 MALAM
MEDIA: FACEBOOK
Admin: Apakah perasaan pertama cikgu semasa melangkah kaki ke SKPA pada hari pertama lapor diri dahulu?
Mantan GB: Rasa amat berat untuk meninggalkan sekolah lama kerana terpaksa membina sesuatu yang baru di sekolah baru. Fokus kepada kewangan sekolah yang agak bermasalah ketika itu.
Admin: Apakah perasaan terakhir yang cikgu rasa semasa meninggalkan SKPA secara rasmi sebagai guru besar?
Mantan GB: Rasa sangat sedih kerana tidak dapat menikmati hasil daripada Pelan Strategi 3 tahun yang dibina.
Admin: Apakah kenangan yang paling manis dan tidak dapat dilupakan sepanjang berada di SKPA?
Mantan GB: Antaranya hari perkhemahan, main bowling dengan murid-murid dan banyak lagi.
Admin: Apakah perkara yang paling menyentuh perasaan cikgu sepanjang berada di SKPA?
Mantan GB: Ada Cikgu yang menangis menceritakan masalah peribadi dalam bilik GB. Tetapi masih disimpan rapi rahsia itu sehingga akhir.
Admin : Bagaimana cikgu melihat SKPA secara keseluruhan?
Mantan GB: SKPA mempunyai guru yang sangat.memberikan kerjasama termasuk semua kakitangan .
Admin: Apakah dasar atau projek yang belum sempat cikgu lakukan di SKPA?
Mantan GB: Rasanya dah OK, lampu jalan, pentas, air terjun, bilik tayangan, p/crd , ubah suai pejabat .Cuma rasa terkilan lampu koridor masih tidak menyala dan tidak dapat nak tengok hasil UPSR tahun 2010.
Admin : Apakah projek yang paling berjaya yang cikgu rasai sepanjang berada di SKPA?
Mantan GB: Projek pinjaman buku berkomputer
Mantan GB: SKPA akan dapat berkembang jika semua guru dapat memberikan komitmen 110% tanpa adanya rasa irihati, dengki mendengki antara satu sama lain. Aset yang paling bernilai di SKPA ialah kedudukan sekolah yang sangat menarik serta persekitaran yang bersih.
Admin: Harapan cikgu kepada SKPA?
Mantan GB: Supaya satu hari nanti SKPA akan menjadi SBT.
Admin: Pesanan cikgu kepada warga SKPA?
Mantan GB: Bekerjalah dalam satu pasukan dengan suasana hati yang suka tetapi janganlah bekerja ikut suka-suka hati saja dalam suasana yang tertekan!..STRESS!
Admin: Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment